Tuesday, February 12, 2008

Soba Ni Iru Kara


SoBa Ni iRu KaRa
(Because You Are With Me)

Isi Hatiku
Kau bukannya bulan
Tapi aku pelik
Aku dapat rasakan kalbu ada cahaya rindu…
Akukah sang pungguk?
Kau juga bukanlah bintang
Kenapa kau selalu nampak indah?
Ah…kau selalu rampas pandanganku
Sehingga aku kerap memujamu
Usah salahkan aku
Ada aura yang telah membuka hatiku
Dan berkata
Kau adalah jejaka impianku.
- Yumina Hamiza -

“Camner? Okey tak poem nie?” tanya Yumina sebaik sahaja melihat Ezmal habis membaca sajaknya.
“Okey. Best sangat! Kau nie ada bakat menulis rupanya. Tapi, kenapa dari dulu lagi kau tak cakap yang kau suka dekat aku?” Ezmal berasa hairan.
“Apa? Aku suka kat kau? Bila masa pulak aku cakap aku suka kau?” Yumina mengerutkan dahinya.
“Poem ini, kau bagi kat aku, kan?” Ezmal mengunjukkan kertas yang dipegangnya.
“Yang sebenarnya aku nak cakap satu benda kat kau, tapi kau jangan terasa ek?” Ezmal mengangguk sahaja mendengar pertanyaa Yumina.
“Tolong jangan perasan! Sape kata poem tue untuk kau? Aku cuma nak mintak pendapat kau aje. Kau kan kawan baik aku. Aku nak bagi poem nie kat Wafi. Kau kan tau aku nie dah syok habis la kat Wafi tue.” Yumina hanya tersenyum.
‘Alamak! Malunya aku! Tak pasal-pasal kena perli dengan Miha. Mati-mati aku ingat sajak nie untuk aku.’ Ezmal hanya berbisik di dalam hati. Mukanya merah menahan malu.
“Aku rasa, tajuk poem nie tak berapa sesuai la. Sebab macam terlalu berterus terang sangat.” Ezmal memberi komen.
“Ye ke? Tapi, aku suka tajuk tue. Biarlah berterus terang. Lagi senang la Wafi nak faham isi hati aku.” Yumina gembira.
“Sepatutnya kan, mana boleh pompuan yang luahkan perasaan dekat lelaki. Macam perigi cari timba. Buat malu aje.” Ezmal mengutuk.
“Ala, sekarang zaman millenium, pompuan dah tak boleh malu nak luahkan perasaan. Lagipun, takde apa yang peliknya.” Yumina mengeluarkan hujah yang bernas.
“Tapi, aku…” Ezmal membiarkan sahaja ayat itu tergantung begitu sahaja.
“Ah, takde tapi-tapi. Eh, tadi kau kata nak belanja aku makan, kan? Jom la gerak sekarang. Nanti tutup pulak kantin.” Yumina terus berjalan meninggalkan Ezmal.
   
“Eh, Fizzuan. Kau nampak Wafi tak?” tanya Yumina.
“Kau nie macam tak tau pulak. Kan dia tue pemain badminton terbaik sekolah, mestilah dia ada kat gelanggang badminton.” Fizzuan menjawab.
“Haah la. Aku lupa…” Yumina hanya tersengih. Yumina terus bergegas menuju ke tempat gelanggang badminton.
“Wafi, boleh kita bercakap sekejap?” Yumina bertanya apabila dia berada hampir dengan Wafi.
“Sure…Duduk la sebelah saya nie.” Wafi menginjak ke tepi kerana ingin memberi ruang pada Yumina.
“Thanks,” Yumina terus duduk di sisi Wafi. Yumina menarik nafas dan membaca bismillah di dalam hati. Selesai sahaja berbuat demikian, Yumina menghulurkan sekeping kertas ke arah Wafi.
“Nah, baca la. Ini luahan hati saya.” Wafi mengambil kertas itu dan membacanya.
“Actually, saya dah lama suka kat awak. Sejak first time…eh, bukan. Sejak second time saya nampak awak, saya dah mula sukakan awak.” Yumina bercakap lambat-lambat. Dia sebenarnya malu.
“Hah? Second time? Pelik la awak nie. Tak pernah-pernah somebody suka kat someone at the second time.” Wafi ketawa kecil.
“Ye la, first time saya nampak awak, awak nie macam sombong. Second time saya nampak awak, awak macam nie la. Awak ketawa. Saya terus jatuh hati bila nampak awak ketawa.” Yumina menahan malu.
“Ini memang kebetulan. Saya pun suka kat awak at the third time. Macam destiny pulak.” Wafi sedikit memerli.
“Awak nie, jangan la perli saya. Saya cakap betul la, saya suka awak sejak second time saya nampak awak. Saya bukannya memain.” Yumina berkata serius.
“Okey…okey…Saya gurau jek. Jangan marah. Cute la muka awak nie bila awak marah. Sukanya saya. Boleh la saya buat awak marah selalu,” Wafi lantas ketawa.
“Awak nie…” Yumina menepuk lengan Wafi dengan lembut. Ala, marah-marah sayang la tue.
“Okey, sekarang nie, awak dah jadi special girlfriend saya. Boleh la kita sentiasa berdua, kan?” Wafi mengusik Yumina. Muka Yumina mula kemerah-merahan.
“Tak sangka ye, awak boleh terima saya. Ingatkan orang popular cam awak nie, ada la ramai admirer. Tambah-tambah lagi perempuan.” Yumina membuka topik perbualan.
“Memang ada ramai student perempuan yang terkejar-kejar saya. Tapi, masalahnya, saya hanya terkejar-kejar sorang student nie je. Hanya dia je yang saya suka,” sela Wafi.
“Ye ke? Sape student perempuan tue? Bertuahnya dia…Jealousnya saya! Agak-agak awak la kan, saya kenal tak student tue?” Yumina bertanya soalan bodoh.
“La…itu pun nak tanya ke? Dah tentu la awak kenal sebab someone yang saya kejar-kejar selama nie dah pun ada depan mata saya dan dia pun baru aje luahkan perasaan dia kat saya.” Wafi menjawab sambil tersenyum.
“Iye? That’s girl?” Yumina berdiri dan menuding jari ke arah sorang student perempuan yang berada berhampiran dengan mereka yang kebetulan tengah melihat ke arah mereka.
‘Ish. Minah nie. Aku cakap camtu pun dia tak paham-paham lagi. Tak boleh jadi nie.’ Wafi berbisik.
“Awak la. Bukannya perempuan tue.” Wafi terus memeluk Yumina.
“Apa awak nie? Berani awak peluk saya dalam kawasan sekolah? Kena tangkap khalwat, baru tau.” Yumina berkata sambil meleraikan pelukan Wafi. Ezmal sedang memerhatikan mereka dari jauh dengan perasaan penuh cemburu.
“Ala, gelanggang badminton nie jauh dari laluan cikgu-cikgu. Cikgu takkan nampak kita berdua.” Wafi cuba menenagkan perasaan Yumina.
“Okey la ye. Saya balik kelas dulu.” Yumina ingin mengorak langkah.
“Ala, takkan nak balik dah .” Wafi seakan menghalang.
“Ye la. Sekarang nie subjek Physics. Nak mampos kena marah dengan cikgu kalau lambat masuk kelas masa Physics. Awak sekarang nie, subjek biology, kan? Tak masuk kelas ke?” Yumina mengingatkan Wafi.
“Haah la. Lupa pulak saya. Awak ada depan mata saya je, terus saya hilang ingatan. Tapi kan, camner awak tau sekarang nie kelas saya subjek biology?” tanya Wafi.
“Saya ada spy dari kelas awak. Saya tau semua maklumat tentang awak dari spy saya,” Yumina bercakap jujur.
“Wow, hebat gak awak nie.” Wafi memuji Yumina tersenyum bangga.
“Jom la. Kita jalan balik kelas sama-sama,” ajak Wafi. Yumina mengangguk dan terus berjalan seiring dengan Wafi.
   
“Hei Ezmal, ada something aku nak bagitau kat kau.” Yumina tersenyum.
“Ha…nie kau senyum panjang lebar sampai ke telinga, mesti nak cakap pasal Wafi, kan?” teka Ezmal. Yumina mengangguk laju.
“Sorry…Bukan aku tak nak dengar, tapi sekarang nie aku tengah busy. Aku kena jumpa cikgu. Important sangat. Sorry, okey?” dalih Ezmal.
“Takpe la. Aku paham.” Yumina mengangguk lemah. Sejak itu, Yumina dan Ezmal tak rapat macam dulu lagi. Yumina semakin akrab dengan Wafi dan Ezmal pula semakin menjauhi Yumina.
   
“Yumi, petang nie kita berdua nak study kat mana?” Wafi memandang Yumina.
“Dekat mana yek? Hmm…” Fikiran Yumina melayang-layang memikirkan tempat-tempat yang strategik.
“Dekat rumah saya je la. Nak tak?” sampuk Wafi.
“Rumah awak? Hmm…boleh je la.” Yumina bersetuju.
“Tapi, subjek apa yang kita nak study? Awak lemah subjek apa?” tanya Wafi lagi.
“Saya lemah dalam subjek cara-cara nak memikat hati teman lelaki. Awak boleh ajar tak?” Yumina berseloroh. “Awak ni, nakal jugak ye?” Wafi mencuit hidung Yumina. Yumina dan Wafi tertawa akhirnya. Ada sorang makhluk tengah memerhatikan mereka dengan perasaan marah dan geram. Agak-agak sape yang tengah memerhatikan Yumina dan Wafi tue yek? Ala, paham-paham sendiri je la.
   
“Hai, Ezmal. Yo, wazz up.” Yumina menegur Ezmal.
“Hai…” Ezmal menegur dengan malas.
“Kenapa ni? Selalu kau tak macam ini pun. Kau ada problem ke?” Yumina berasa risau.
“Takde la. Aku cuma sakit sikit je. Rasa macam tak sedap badan,” dalih Ezmal.
‘Ala, aku sakit hati je. Asyik layan Wafi je, mana aku tak sakit hati.’ Hati Ezmal memberontak.
“Ye ke? Jom pergi bilik sakit. Aku temankan kau,” ajak Yumina.
“Tak payah. Aku dah pergi tadi. Lagipun, aku dah okey sekarang.” Ezmal memberi alasan lagi.
“Betul? Sure dah okey?” Yumina ingin memastikan keadaan Ezmal. Ezmal mengangguk laju.
‘Dah tentu la aku okey. Aku bukannya sakit. Tapi, aku malas nak cakap dengan kau, Miha.’ Ezmal hanya berkata di dalam hati.
   
“Assalamualaikum…” Yumina memberi salam.
“Waalaikumussalam, dah sampai pun awak.” Wafi berasa gembira.
“Awak tak nak ajak saya masuk ke?” Tanya Yumina tanpa segan silu. Wafi membuat muka selamba dan terus menggelengkan kepalanya.
“Tak nak? Takpe la. Saya balik dulu.” Yumina mula mengorok langkah.
“Nanti la dulu,” Wafi menarik tangan Yumina dan terus menarik Yumina masuk ke dalam rumah.
“Amboi…amboi…pegang-pegang tangan nampak?” perli Wafidah yang berada di ruang tamu.
“Ala, akak nie. Orang bercinta biasa la kalau pegang-pegang tangan camni.” Selamba sahaja Wafi menjawab. Wafidah hanya menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah Wafi. Yumina hanya munundukkan kepalanya mendengar perbualan antar Wafi dan Wafidah.
“Hah, nak pergi mana tue?” tegur Wafidah lagi.
“Nak study kat bilik bacaan,” jawab Wafi.
   
“Awak nie, tadi kata tak nak ajak saya masuk. Alih-alih dah selamat pun sampai kat depan bilik bacaan ni,” marah Yumina.
“Ala, saya gurau jek tadi.” Wafi tersengih. Mereka menuju ke arah meja study.
“Dah la tue. Sekarang, kita fokus pada pelajaran pulak. Boleh tak awak terangkan contoh-contoh gelombang kat saya? Saya tak tau la.” Yumina meminta tunjuk ajar.
“Boleh je. Contoh gelombang terbahagi pada tiga iaitu gelombang air, cahaya dan bunyi. Gelombang air dihasilkan oleh getaran atau gangguan pada permukaan air yang tenang. Cahaya adalah gelombang yang dihasilkan akibat getaran elektron di dalam atom. Bunyi pula gelombang yang dihasilkan oleh jasad-jasad yang bergetar seperti getaran tala bunyi atau tali gitar. Okey, paham tak?” terang Wafi dengan panjang lebar. Wafi menoleh ke arah Yumina apabila pertanyaannya tidak disahut.
“Ya allah…Tidur rupanya Yumi nie. Buang air liur je aku cakap tadi.” Wafi tersenyum. Wafi hanya memerhatikan Yumina yang sedang tidur.
“Comel jugak si Yumi nie bila tidur.” Wafi sempat memuji.
   
“Wafi, kenapa awak tak gerak saya masa saya tidur?” Yumina bertanya setelah terjaga daripada tidur.
“Saje tak nak ganggu awak tidur. Lagipun, tentu awak penat kan?” Wafi sengaja bertanya.
“Mana ada penat. Sepatutnya awak yang penat bukannya saya. Kan awak baru je habis pertandingan badminton semalam,” sela Yumina.
“Ala, semua penat saya akan hilang secara automatik bila awak sentiasa di samping saya, Yumi.” Wafi berseloroh. Yumina menunduk malu.
“Okey la. Jom sambung study.” Yumina teringat kembali tujuan asal dia datang ke rumah Wafi.
   
“Wafi!” jerit Zafira.
“Banyaknya peluh awak. Meh saya tolong lapkan.” Zafira mengelap peluh yang membasahi muka Wafi. Yumina yang abru tiba di gelanggang itu terkejut melihat adegan antara Wafi dan Zafira.
“Terima kasih,” ucap Wafi kepada Zafira. Wafi ternampak kelibat Yumina dan dia sengaja melayan dengan Zafira dengan mesra.
“Sama-sama. Mesti awak penat gila berlatih badminton kan?” manja sahaja lagak Zafira. Wafi mengangguk-angguk kepalanya. Yumina hanya meledakkan perasaan marahnya di dalam hati sahaja. Yumina akhirnya melangkah laju ke arah ‘pasangan bercinta’ itu. Tapi, bukan pasangan bercinta pun.
“Hey Zafira, Wafi. Apa yang korang berdua buat nie?” Yumina berpura-pura melebarkan senyuman Zafira dan Wafi terkejut mendengar teguran Yumina.
“Takde…Kitorang takde buat pape. Kitorang cuma sembang kosong je.” Zafira menjawab tergagap-gagap.
“Iye ke?” Yumina mengangkat sebelah keningnya. Dia berasa sangsi.
“Betul…Zafira nie cuma nak tanya tentang tarikh pertandingan badminton peringkat kebangsaan aje.” Wafi cuba membela Zafira
“Kalau camtu, baguslah. Loceng dah bunyi, saya nak baliklah.” Yumina melangkah pergi tanpa perasaan curiga lagi. Zafira hanya mengikut Yumina dari belakang.
‘Fuh, selamat. Nasib baik Yumina tak syak apa-apa.’ Zafira menarik nafas kelegaan. Wafi tersenyum melihat Yumina dan Zafira melangkah pergi.
   
“Ezmal. Itu pakwe Yumina, kan? Apesal Zafira pegang tangan Wafi? Dah macam pasangan kekasih je aku tengok? Kesian Yumina dapat pakwe camtu.” Nizan bersimpati.
“Ala, lantak diorang la. Kau tak payah la nak nyibuk.” Ezmal berpura-pura memarahi Nizan sedangkan dia pun turut berasa simpati terhadap Yumina. Nizan dan Ezmal beransur pulang ke kelas. Sesampainya di kelas, Nizan terus meluru ke arah Yumina.
“Yumina, tadi aku nampak pakwe kau. Zafira tue sibuk je pegang-pegang tangan Wafi. Eee…nyampah aku tengok. Macam pasangan kekasih je. Sedangkan kau tue yang makwe Wafi.” Cerita Nizan bersungguh-sungguh.
“Kau nie, jangan buat fitnah. Tak baik tau. Takkan la Zafira pegang tangan Wafi pulak,” nafi Yumina.
“Betul…Kalau kau tak percaya, kau tanya Ezmal. Ezmal pun nampak jugak. Kan Ezmal?” Nizan memusingkan kepalanya.
“Aik? Mana pergi pulak Ezmal nie? Tadi ada sebelah aku.” Nizan melilau-lilau mencari Ezmal di dalam kelas.
“Oh, nyorok kat situ ye? Yumina, jom pergi kat Ezmal. Dia nak main nyorok-nyorok kat belakang pintu,” ajak Nizan. Yumina mengikut sahaja jejak langkah Nizan yang semakin menghampiri Ezmal.
“Cak! Nak main nyorok-nyorok ye,” sakat Nizan.
‘Alamak! Diorang jumpa jugak aku kat sini.’ Ezmal berbisik.
“Ezmal, Nizan kata, kau pun nampak Zafira dengan Wafi berpegangan tangan. Betul ke?” Yumina cuba bertanya. Ezmal hanya menggelengkan kepala.
“Kau nie tipu la. Tadi kan kita sama-sama nampak diorang berdua depan mata kita. Apa kau nie, cakap lain pulak,” marah Nizan.
“Cakap la betul-betul, Ezmal. Aku takkan marah kau.” Yumina seakan merayu.
“Err…sebenarnya…hmm…aku…tak nampak. Nizan yang nampak. Pastu baru aku nampak.” Ezmal rasa serba salah.
“Apa ke peliknya keterangan kau nie?” Nizan menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.
“Ah, tak kisah la. Hah, kan betul aku cakap. Aku dengan Ezmal nampak Wafi,” kata Nizan bersungguh-sungguh.
“Tak sangka Wafi boleh buat aku camni. Kau tau tak Nizan, dulu aku pun nampak Zafira dengan Wafi berdua-duaan kat gelanggang badminton. Mentang-mentang la dia pandai, sanggup dia main-mainkan perasaan aku.” Yumina berasa sungguh kecewa.
“Itu la pasal. Sanggup dia buat camtu kat kau. Ala Yumina, kau clash je dengan Wafi tue. Jantan macam tue memang tak guna. Tak sesuai buat pakwe.” Nizan mengutuk berapi-api. Yumina terus terduduk atas lantai mendengar percakapan Nizan. Ezmal pantas menyiku lengan Nizan.
“Aduh…apa kau nie? Aku tak…” Nizan ingin berkata sesuatu tetapi Ezmal telah menutup mulutnya dengan tangan.
“Diam la kau. Kesian Miha.” Ezmal berbisik kepada Nizan.
“Miha, kau jangan dengar cakap Nizan nie. Otak dia dah tak berapa betul sejak akhir-akhir nie. Al maklumlah, dah tertekan sangat sebab nak SPM tahun ini.” Ezmal selamba je mengutuk Nizan. Nizan mengangguk sahaja mendengar percakapan Ezmal. Konon-kononnya bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Ezmal. Tapi, dalam hatinya menyumpah-nyumpah Ezmal.
“Tapi, aku rasa cakap Nizan tue betul. Aku patut clash dengan Wafi. Aku dah semakin sangsi dengan dia.” Yumina bangun dan semangatnya kembali pulih seperti biasa.
“Kau perlu fikir masak-masak. Kau tak boleh buat keputusan terburu-buru. Aku rasa, baik kau slow talk dulu dengan Wafi.” Ezmal memberi nasihat.
“Aku setuju,” sampuk Nizan.
“Diam la.” Yumina dan Ezmal berkata serentak lantas mereka berdua mengetuk kepala Nizan. Nizan menggosok-gosokkan kepalanya yang sakit. Akhirnya, mereka bertiga pun ketawa.
   
“La…la…la…” Yumina menyanyi riang.
‘Alamak, apa Zafira dengan Wafi buat kat dalam kelas berdua je?’ bisik Yumina. Yumina lantas menyorok di belakang almari kerana ingin mengendap dan mendengar butir bicara mereka.
“Wafi sayang, betul ke awak sayangkan saya?” Zafira bertanya dengan manja.
“Yeah, honey.” Wafi membalas.
“Sayang banyak mana tue?” Zafira meliuk lentokkan kepalanya di bahu Wafi.
“Tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata, honey. Tapi, honey perlu ingat, sayang cintakan honey sepenuh bakul raga…Opps, sepenuh jiwa raga sayang.” Wafi menggapai tangan Zafira dan lantas mengucupnya. Mata Yumina terbeliak melihat adegan romantis antara Wafi dan Zafira. Kaki Yumina selangkah demi selangkah berundur ke belakang. Matanya mula berair. Tiba-tiba, Yumina terlanggar tong sampah yang berada di situ. Tanpa mempedulikan tong sampah itu, Yumina terus berlari laju pulang ke rumah.
“Apa tue?” Wafi dan Zafira terkejut mendengar bunyi benda jatuh. Wafi berjalan keluar untuk melihat benda yang jatuh itu.
“Oh, kucing rupanya.” Wafi ternampak kucing yang kebetulan berada di situ. Wafi melangkah masuk sambil tersenyum penuh makna.
‘Yes! Yumi dah nampak.’ Wafi kegembiraan. Sebenarnya, mana ada kucing pun, Wafi nie saje je nak kelirukan pembaca-pembaca semua. Hahaha…
   
“Wafi, boleh kita bercakap sekejap?” Yumina cuba bertenang.
“Of course la boleh,” jawab Wafi dengan gembira. Wafi lantas menghentikan latihan badmintonnya.
‘Eleh, talam dua muka.’ Kutuk Yumina dalam hati.
“Apa lagi tercegat tue? Meh la duduk sini.” Wafi menyapu kekotoran yang berada di kerusi itu untuk Yumina. Eleh, nak bodek Yumina la itu.
“Wah, rajin awak berlatih ye? Takde perlawanan pun awak tetap berlatih jugak,” puji Yumina.
“Biasa la. Impian saya nak jadi lebih hebat daripada Taufik Hidayat. Kena la rajin berlatih,” ucap Wafi.
“Taufik Hidayat kan ke pemain Indonesia. Kenapa awak tak nak jadi macam Chong Wei, pemain badminton Malaysia tue? Chong Wei pun hebat jugak. Lagipun, kita kena la jadikan pemain negara kita sendiri sebagai idola. Jangan la asyik sokong pemain luar je,” perli Yumina.
“Aik, lain macam je bunyinya. Okey la Yumi punya pasal, apa pun saya sanggup buat. Eh, sebenarnya apa tujuan awak datang nie? Takkan datang semata-mata nak cakap pasal nie je?” Wafi cuba menukar topik.
“Oh, terlupa pulak saya. Sebenarnya, saya rasa, saya nak clash la dengan awak. Sebab saya tak rasa gembira pun bersama awak. Awak pun rasa benda yang sama macam saya kan?” Yumina cuba untuk tidak mengeruhkan keadaan.
“Eh, takkan nak clash kot? Saya tak pernah cakap pun saya tak gembira bersama awak,” nafi Wafi.
“Wafi, jangan tipu la. Semua orang dah tahu hubungan awak dengan Zafira. Saya pun tau jugak.” Yumina mencebik.
“Ala. Awak jangan percaya cakap orang. Itu gosip je,” dalih Wafi.
“Jangan nak berdalih lagi. Saya sendiri dah nampak awak dengan Zafira berdua-duaan dalam kelas. Siap panggil ‘honey’ lagi kat Zafira tue.Yang lebih dahsyat lagi, saya nampak awak…kucup tangan dia. Itu baru saya nampak, yang saya tak nampak mungkin lebih teruk lagi. Itu yang saya tak tahan tue!!” Mata Yumina mula berair. Tunggu masa nak menitis je.
“Yumi, sebenarnya saya tak berniat nak buat camtu. Saya…” Wafi ingin berkata lagi. Tapi, tak sempat. Yumina menangis dan dia terus berlari meninggalkan Wafi yang ingin memberi penjelasan.
“Yumina Hamiza!!” Wafi menjerit memanggil Yumina tetapi Yumina tidak mengendahkan panggilan Wafi. Wafi pun menangis di kerusi itu. Dia menyesal dengan perbuatannya. Sebenarnya, dia ingin menguji Yumina. Tapi, lain pulak yang jadinya.
“Wafi, jom sambung berlatih,” Ekhram mengajak. Wafi cepat-cepat mengesat air matanya.
“Tak nak la. Aku dah takde mood nak main.” Wafi terus berlalu dari situ.
   
“Wafi!!” Zafira memanggil Wafi apabila terlihat kelibat Wafi melintas di hadapannya.
“Apehal?” tanya Wafi dengan marah.
“Apesal awak menangis nie? Awak gaduh dengan Yumina ye?” Zafira cuba berdiplomasi.
“Haah…memang pun. Disebabkan awak la, saya dengan Yumina dah clash.” Wafi menuding jarinya pada Zafira.
“Ye ke? Baguslah. Kan awak jugak kata yang awak sayangkan saya. So, boleh la kita couple lepas nie!” Zafira menjawab dengan gembira.
“Couple hotak kau! Kau tau tak, aku buat semua nie, sebenarnya sebab nak uji Yumina sama ada sayang aku atau pun tak.” Terus berubah gaya percakapan Wafi.
“Wafi, apa awak cakap nie?” Zafira kehairanan.
“Yang sebenarnya, selama nie aku layan kau, bukannya sebab aku sukakan kau. Aku nak bagi Yumi jeles je. Tengok-tengok Yumi terus mintak clash. Lepas nie, aku tak nak tengok muka kau. Kau pergi la cari jantan lain untuk kau berfoya-foya.” Wafi berkata dengan panjang lebar.
“Tapi, Wafi…” Zafira terasa tidak percaya mendengar kata-kata Wafi.
“Berambus!!!” Wafi kelihatan sungguh marah.
Pang! Zafira menampar Wafi dengan sekuat hati.
“Tak sangka awak sanggup mempermainkan perasaan saya.” Zafira menitiskan air matanya dan dia terus berlari meninggalkan Wafi yang dalam kesedihan.
“Yumina…” Wafi menyambung kembali perasaan sedihnya.
   
Yumina hanya menangis mengenang kembali saat-saat indah ketika dia bersama dengan Wafi. Semuanya indah belaka. Tapi, sejak peristiwa ‘itu’, hubungan mereka telah retak.
“Meeooww…” Hori datang dan terus berbaring di sebelah Yumina yang berada di atas katil.
“Bestnya hidup macam kau, Hori. Dengan sesiapapun boleh bermanja. Yang aku nie pulak, baru je lepas clash dengan Wafi. Huhuhu…sedihnya.” ngadu Yumina pada kucingnya. Hori hanya mengeliat sahaja mendengar kata-kata Yumina. Yumina ketawa melihat telatah Hori.
   
“Ezmal, kau tau tak? Ada gosip hangat ini. Yumina baru je clash dengan Wafi,” happy sahaja Nizan memberitahu pada Ezmal.
“Kau jangan percaya pada gosip.” Ezmal menjawab acuh tak acuh.
“Ini bukan orang cakap. Tapi, Yumina sendiri yang bagitau aku. Kan kita bertiga nie bestfriend.” Nizan berkata.
“Kau nie suka bergosip cam pompuan la,” perli Ezmal.
“Ala, dah memang hobi aku, nak buat camner? Eh, kau tak nak masuk jarum ke?” Nizan cuba memancing minat Ezmal.
“Hah? Masuk jarum? Apa kebenda kau merepek nie? Kau nak suruh aku menjahit cam Ishida dalam ‘Bleach’ tue ke?” Ezmal mengangkat sebelah keningnya tanda hairan.
“Kau nie, nak kata bodoh, tak jugak sebab result kau selalu je tinggi dari aku. Nak kata pandai pun tak jugak. Takkan la aku cakap ‘masuk jarum’ pun kau tak paham. Ke kau saje je buat buat-buat tak paham.” Nizan memarahi Ezmal. Ini la saatnya Nizan boleh memarahi Ezmal. Selalu tue, Nizan je yang selalu terkena dengan Ezmal.
“Kau tak nak luahkan perasaan kau dekat Yumina ke?” Nizan membetulkan ayatnya. Nak bagi Ezmal paham.
“Luahkan perasaan aku kat Miha? Eh, apa kau merepek nie? Tak paham la,” Ezmal menggaru-garukan kepalanya.
“Eleh, sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Macam la aku tak tau yang kau tue sukakan Yumina. Ala, takde satu gosip pun yang pernah terlepas dari tangan aku.” Nizan tersenyum bangga.
“Ah, kau nie tak habis-habis merepek. Suka sangat berfalsafah. Aku rasa kau boleh jadi pengganti A.Samad Said. Dah la malas aku nak layan kau. Okey la, aku chow dulu.” Ezmal terus beredar dari situ.
“Kalau kau tak nak bagitau dia, aku yang akan bagitau dia. Kau nak ke?” teriak Nizan pada Ezmal.
“Lantak kau la.” Ezmal berlalu pergi tanpa menghiraukan Nizan lagi.
‘Eleh, nak cover malu la tue.’ Nizan tersengih.
   
“Yumina Hamiza…Yumina Hamiza…” Cikgu Markizah memanggil Yumina. Ezmal yang berada di sebelah Yumina cuba membangunkan Yumina yang sedang tidur lena.
“Apehal?” Yumina seakan memarahi Ezmal kerana mengganggu tidurnya.
“Cikgu Markizah panggil kau la,” bisik Ezmal.
“Iye, cikgu?” Yumina terus bangun apabila mendengar Ezmal berkata demikian.
“Awak jumpa saya di bilik kaunseling selepas rehat ye?” lembut sahaja suara Cikgu Markizah. Yumina mengangguk lemah. Cikgu Markizah sebenarnya merupakan guru kaunseling juga.
   
“Assalamualaikum, cikgu.” Yumina memberi salam.
“Waalaikumussalam. Jemput duduk.” Cikgu Markizah mempersilakan Yumina duduk.
“Terima kasih, cikgu. Ada apa cikgu nak jumpa saya?” Yumina kebingungan.
“Awak ada masalah ke? Kenapa sejak akhir-akhir ini, pelajaran awak semakin merosot? Awak juga kerap tidur dalam kelas. Cuba cerita apa masalah awak?” Cikgu Markizah bertanya sebagai seorang guru kaunseling.
“Err…sebenarnya…sebenarnya…saya…hmm…saya…baru je clash dengan pakwe saya. Saya sedih sangat sampai tak sedar pelajaran saya terabai. Maaf, cikgu…” Yumina berasa malu.
“Awak tak perlu mintak maaf dengan saya. Awak masih muda, Yumina. Soal cinta tak patut difikirkan buat masa sekarang. Lagipun, peperiksaan SPM dah semakin dekat. Saya rasa, baik awak fokuskan pada pelajaran awak. Saya nak, awak naikkan kembali prestasi pelajaran awak ini. Saya cadangkan, awak belajar daripada Ezmal. Pelajaran Ezmal semakin meningkat hari demi hari. Awak patut mencontohi Ezmal,” nasihat Cikgu Markizah dengan panjang lebar.
“Baik, cikgu. Saya akan cuba.” Yumina berjanji.
“Saya rasa, setakat itu sahaja. Awak boleh balik ke kelas.” Cikgu Markizah menyuruh Yumina kembali semula ke kelas.
“Terima kasih, cikgu.” Yumina melangkah dengan penuh semangat menuju ke kelas.
‘Ganbatte!!’ Yumina cuba menaikkan semangatnya.
   
“Miha, kalau kau tak keberatan, boleh tak aku tau kenapa cikgu panggil kau?” Ezmal cuba untuk tidak mengecilkan hati Yumina.
“Cikgu tanya kenapa pelajaran aku merosot. Itu aje.” Yumina menjawab lemah. Aik? Tadi punya la bersemangat. Sekarang, dah tak semangat dah? Pelik betul la Yumina nie?
“Apa kata kalau aku offer diri aku untuk ajar kau. Aku akan pastikan pelajaran kau meningkat,” kata Ezmal penuh yakin.
“Okey jugak tue. Cikgu Markizah pun cadangkan benda yang sama.” Mata Yumina kembali bercahaya.
   
“Wafi, mana Zafira? Lepas je kau clash dengan Yumina hari itu, aku tak pernah nampak kau berdua-duaan dengan Zafira lagi. Apesal yek?” Ekhram berasa hairan.
“Actually, aku tak suka langsung kat Zafira. Ada suatu hari dulu, Zafira datang kelas aku sebab nak tanya something. Masa aku kusyuk terangkan sesuatu kat Zafira, Yumi datang dan nyorok belakang almari.
Aku sebenarnya nak kasi dia jealous. Aku pun panggil la Zafira itu, honey. Pastu aku cium tangan Zafira. Tak sangka bila aku buat camtu, Yumi terus mintak clash. Yang si Zafira nie pulak, dia perasan giler la sebab ingat aku suka kat dia.” Wafi menceritakan perkara yang sebenar pada Ekhram, kawan baiknya.
“Aku rasa, baik kau bagitau perkara sebenar kat Yumina,” cadang Ekhram.
“Aku nak bagitau. Tapi, Yumi tak nak dengar.” Wafi berasa kecewa.
“La…kau cuba la explain lagi sekali. Kau masih ada peluang untuk berbaik-baik dengan dia.” Ekhram memberi kata-kata semangat.
“Memang la aku nak explain. Tapi, aku nak susun ayat dulu. Nanti, Yumi lari lagi sebelum aku sempat terangkan apa-apa.” Wafi berterus-terang.
‘Eee…macam-macam hal la Wafi nie. Patut la boleh ‘terclash’ dengan Yumina yang baik tue.’ Ekhram bermonolog dalam hati.
   
“Sebenarnya aku tak tau la camner nak cari molecular formula untuk carbon compound. Boleh kau tolong ajarkan?” Yumina ingin tahu.
“Ala, senang je. Kalau kau nak cari molecular formula, kau mesti tau general formula bagi homologous series. General formula bagi alkane ialah CnH2n+2. Alkene pula CnH2n. Alcohol, CnH2n+1OH. Carboxylic acid, CnH2n+1COOH. Akhir sekali, Ester. General formula untuk Ester ialah CnH2n+1COOCmH2m+1. Kalau kau dah tau general formula bagi homologous series, senang la kau nak cari general formula untuk carbon compound.” terang Ekhmal dengan panjang lebar. Yumina bangun dan terus masuk ke dalam rumah. Beberapa minit kemudian, Yumina keluar membawa sejag air fresh orange.
“Apa nie? Baru start dah bawak air?” tanya Ezmal kehairanan.
“Kita minum dulu!! Aku tengok kau macam penat je terangkan tue kat aku tadi. So, aku pun bawa la air.” Yumina berasa kesian.
“Kau nie, kalau nak suruh minum pun, bawak la gelas sekali. Takkan nak tuang jag tue dalam mulut pulak,” marah Ezmal.
“Opps…aku lupa…” Yumina tersengih-sengih macam kerang busuk.
“Kau paham tak penerangan aku tadi?” Ezmal bertanya setelah meneguk secawan dua fresh orange tersebut.
“Paham kot…Nanti aku cuba buat.” Yumina mencapai buku ‘chemistry’ untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan carbon compound.
   
“Kau nie, suka sangat buat lawak.” Yumina ketawa sambil menepuk bahu Ezmal.
“Kau tengok Yumina itu, happy je walaupun dah clash dengan kau. Kau je yang asyik gloomy memanjang.” Ekhram seolah-olah mengejek Wafi. Wafi hanya memandang Yumina dan Ezmal dari jauh. Wafi berasa sakit hati melihat Yumina dan Ezmal berjalan seiringan.
“Dengar cerita, Ezmal pun tangkap cintan dekat Yumina. Nampaknya kau ada saingan la, brother!” Ekhram menepuk-nepuk bahu Wafi.
“Diam la kau, Ekhram. Ini Wafi la. Dia tak layak jadi saingan aku.” Wafi membangga diri.
   
“Kau tau tak kenapa Ezmal baik sangat dengan kau sejak kau clash dengan Wafi?” Nizan cuba membuka rahsia yang sudah lama terpendam.
“Ala, dia kan bestfriend aku. Mestilah dia nak bagi sokongan kat aku supaya aku tak rasa sedih.” Yumina menjawab selamba.
“Salah…Sebenarnya, dia sukakan kau sebab tue la dia baik dengan kau. Kau perasan tak, masa kau couple dengan Wafi dulu, mana pernah dia nak dekat dengan kau melainkan terpaksa.” kata Nizan dengan mulut yang becok. Macam ‘mak nyah’ sahaja gayanya. Yumina terdiam mendengar kata-kata Nizan.
‘Alamak! Ezmal suka kat aku la. Apa aku nak buat nie?’ Rungut Yumina di dalam hati. Yumina berasa resah gelisah.
‘Eh, lupa pulak. Apekehal pulak aku nak resah gelisah sedangkan aku pun suka kat dia jugak.’ Yumina menepuk dahi.
“Apa kes nie? Kejap macam cacing kepanasan pastu tepuk dahi pulak. Sewel apa?” tegur Nizan.
“Kau tak tau ke? Ini la cara terbaru untuk exercise. Kesian kau, ketinggalan zaman.” Yumina mengejek Nizan.
“Itu pun dipanggil senaman ke? Tak tau pulak aku. Tapi, aku rasa la kan, kau nie memang dah terlebih sewel. Al maklum la, banyak sangat ilmu yang Ezmal sumbat dalam kepala otak kau. Mesti dah tepu.” Nizan terus berlari selepas berkata demikian.
“Kureng asam. Sanggup kau cakap camtu kat kawan kau sendiri!” Yumina lantas mengejar Nizan kerana telah mengutuknya. Ezmal yang
baru sampai ke tempat mereka terus ketawa melihat aksi kejar-mengejar antara Nizan dan Yumina yang selalu ada dalam adegan cerita hindustan.
   
Yumina pantas menekan butang ‘answer’ apabila terdengar lagu ‘Pastikan’ nyanyian Siti Nurhaliza berkumandang dari handsetnya. Yumina melekapkan telefon itu di telinganya.
“You have one new voice sms.” Kedengaran suara operator dari dalam handsetnya. Beberapa saat kemudian, terdengar suara seseorang.

Ku tanya malam
Dapatkah kau lihatnya perbedaan
Yang tak terungkapkan
Tapi mengapa kau tak berubah
Ada apa denganmu…ho…ho…
Hanya malam dapat meleburkan
Segala rasa yang tak terungkapkan
Tapi mengapa kau tak berubah
Ada apa denganmu…ho…ho…

Yumina menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal setelah selesai mendengar voice sms. Selang beberapa minit kemudian, handset Yumina berbunyi sekali lagi. Yumina menekan butang ‘on’ dan mendengarnya dengan teliti. Sekali lagi kedengaran suara operator yang sama macam tadi.
“Hai, Yumi. Apa khabar? Harap awak sihat…opps…lupa pulak nak perkenalkan diri. Wafi, di sini. Lagu tadi saya nyanyikan khas untuk awak dan lagu itu adalah luahan hati saya. Hmmm…Yumi, maafkan saya ye?” Sampai di situ sahaja pesanan suara daripada Wafi.
“Dah 2 bulan aku clash dengan dia baru dia nak mintak maaf. Sori la…dah terlambat. Tapi, sedap jugak suara dia. Kalah Peterpan.” Sempat lagi Yumina memuji.
   
“Miha, petang ini macam biasa, tau. Kita belajar Sejarah pulak.” Ezmal memesan.
“Okey,” laju sahaja Yumina bersetuju.
“Kita ajak Nizan sekali, nak?” Yumina bertanya pada Ezmal.
“Tak boleh sebab dia ada hal.” Ezmal menjawab acuh tak acuh.
“Hal apa? Cari gosip terbaru ke?” Yumina senyum mengejek.
“Entah…ye la kot.” Ezmal mengangkat bahunya tanda dia tidak tahu. Sebenarnya, Ezmal ada satu plan yang mesti dilakukan hari ini jugak. Plannya ialah ‘luahkan perasaan pada Yumina’. Itu pun atas desakan Nizan. Kalau boleh, dia ingin memendam perasaannya pada Yumina selama-lamanya.
   
“Ish, mana Ezmal nie? Kata nak study Sejarah kat sini. Dia lupa ke?” Yumina merungut-rungut sendirian sambil memerhatikan jam tangannya.

Di keheningan malam,
Termenungku berseorangan,
Tak lena mata dipejam,
Terdengar suara terngiang,
Suara merdu yang disayang,
Bagai kau di depan mata,
Ku capai tapi tak kenal,
Sukarnya memendam rasa,
Inginku luahkan kata…
Bila rindu,
Terkenangmu siang terasa sayu,
Syahdunya jiwaku bila malam,
Makin kelam,
Jauh terbang diriku melayang,
Aku rindu,
Sentuhanmu ku rasa sayu,
Inginkan jiwamu selubungi,
Jiwa ini,
Bawaku dalam pelangi,
Melepasi segala hati ini.

Yumina terus mengangkat mukanya dan matanya melilau-lilau mencari gerangan suara itu. Yumina memusingkan badannya ke belakang dan ternampak kelibat Ezmal betul-betul di belakangnya.
“Kau rupanya, Ezmal. Buat terkejut aku je. Ingatkan ahli kumpulan Ruffegde yang tengah buat karaoke belakang aku tadi.” Yumina seolah-olah tidak puas hati. Kumpulan Ruffedge adalah band Malaysia yang paling diminatinya.
“Kau nie, tak habis-habis teringin nak jumpa Ruffedge. Miha, sedap tak suara aku?” Ezmal meminta pendapat daripada Yumina.
“Sedap giler!! Rasa macam nak makan je. Eh, tak sangka kau ada bakat menyanyi sampai aku mati-mati ingat kau nie Ruffedge.” Yumina memuji.
“Aku praktis bertahun-tahun nak dapatkan suara macam tue. Opps…sebelum aku terlupa, aku nak cakap something kat kau. Sebenarnya…aku…sukakan kau, Miha. Aku dah lama pendam perasaan aku ini. Nah, terimalah bunga ini sebagai tanda cintaku padamu.” Ezmal menghulurkan sejambak bunga ros warna putih pada Yumina. Yumina ketawa je memerhatikan sejambak bunga ros yang berada di tangannya kini.
“Apesal kau gelak pulak? Kau nie, rosakkan suasana romantik betul la.” marah Ezmal dengan lembut.
“Takde la. Aku cuma rasa kelakar tengok bunga yang kau bagi ini.” Yumina terus ketawa.
“Kenapa pulak? Apa yang tak kenanya dengan bunga tue?” Ezmal terpinga-pinga.
“Ye la, tak pernah dibuat orang bagi bunga ros warna putih kat orang yang disukai. Kau tak pernah tengok TV ke? Selalu orang bagi bunga kat kekasih warna apa? Ataupun kedai bunga dah habis stok bunga warna lain selain dari warna putih,” perli Yumina sambil ketawa.
“Ye la…kau je la yang betul. Actually, aku bukan beli bunga ni. Aku ambik bunga nie dari kebun bunga aku. Aku suka ros putih sebab itu la aku tanam bunga ros putih kat kebun aku.” Ezmal seakan-akan merajuk.
“Aku paham. Maafkan aku ye? Aku hargai sangat pemberian kau.” Yumina terus memeluk Ezmal.
“Apesal kau peluk aku nie?” Ezmal kehairanan.
“Ini je cara aku nak luahkan perasaan aku kat kau. Lagipun, bukan semua perasaan boleh diluahkan melalui kata-kata. Kekadang perasaan juga boleh diluahkan melaui perbuatan.” Selamba je Yumina menjawab.
“Iye ke? Aku pun nak try jugak luahkan perasaan melalui cara nie.” Ezmal membalas pelukan Yumina. Yumina dan Ezmal berbalas senyuman. Dari jauh, Wafi melihat dengan rasa terkejut apabila menyaksikan adegan antara Ezmal dan Yumina.
“Aku dah kalah.” Wafi berlalu dengan penuh rasa kecewa.
“Okey, cukup la tue ye? Jom la kita sambung study.” Yumina terus meleraikan pelukannya. Ezmal mengangguk dan terus mengajar Yumina dengan senang hati.
“Ezmal, nak tanya sikit, boleh tak?” Yumina berhenti menulis.
“Tanya satu soalan je, tau.” Pesan Ezmal.
“Okey, satu je.” Yumina mengangguk sambil menaikkan satu jarinya ke arah Ezmal.
“Kenapa orang lelaki bila nak pikat perempuan, diorang nyanyi lagu lepas tue baru luahkan perasaan. Macam kau dan…Wafi.” Yumina terus terdiam. Dia menoleh perlahan-lahan ke arah Ezmal.
‘Hish, apa bodoh sangat aku nie? Ada ke patut aku sebut nama Wafi waktu-waktu camnie? Eee…bodohnya!!’ Yumina berbisik sambil mengetuk kepalanya.
“Apesal ketuk kepala nie? Tak baik tau ketuk-ketuk kepala nie. Walaupun bukan kepala aku yang kau ketuk.” Ezmal ketawa.
“Helo…helo…sekarang nie dah masuk topik lain. Bila nak masuk balik topik persoalan aku tadi?” Yumina mula berani bergurau semula setelah mendengar Ezmal ketawa.
“Ala, tak payah jawab la ye?” Ezmal ketawa lagi.
“Boleh. Tapi, kau nak tak kalau aku masukkan kasut ini dalam mulut kau?” Yumina memegang kasutnya.
“Okey gak tue. Aku pun dah lama tak makan kasut Kalau kau nak tau, itu la makanan kegemaran aku masa kecik.” Ezmal ketawa terbahak-bahak akhirnya.
“Ezmal…”Yumina membuat muka garang tanda marah dengan gurauan Ezmal itu.
“Okey…okey…straight to the point. Kenapa lelaki suka pikat perempuan dengan menyanyi ye? Hmm…sebenarnya, aku pun tak pasti. Tapi, aku rasa la kan, itu adalah salah satu strategi untuk memikat perempuan.” Ezmal cuba mengupas topik asal.
“Oh, macam tue yek?” Yumina menggaru-garukan kepalanya.
“Ye la. Takde pape dah, kan? Jom kita sambung balik study ye, sayang.” Ezmal berkata dengan nada yang lembut.
‘Ezmal panggil aku sayang? Wah, terharunya!’ Yumina terasa matanya berkaca-kaca kerana ingin menangis.
“La…nie apesal mata jadi macam kaca? Kau nak nangis ye?” Ezmal berasa risau.
“Takde la, aku cuma rasa terharu sebab kau panggil aku ‘sayang’. Wafi pun tak pernah panggil aku camtu sepanjang aku couple dengan dia.” Air mata Yumina terus mengalir semasa menuturkan bait-bait perkataan tersebut.
“Tak sangka pulak kau suka aku panggil kau sayang. Takpe, lepas nie, aku akan panggil kau ‘sayang’ je ye, sayang.” Ezmal cuba menenangkan perasaan Yumina.
“Hmm…” Yumina menggangguk-angguk. Yumina lantas mengesat air matanya. Ezmal berasa gembira melihat Yumina kembali ceria.
‘Aku akan jaga perasaan kau dengan sedaya upaya aku. Aku tak sanggup kehilangan orang yang ada dua perwatakan macam kau nie.’ Ezmal berbisik sendirian.
“Kau ada cakap something ke?”Yumina bertanya dengan hairan.
“Takde la…” Ezmal tersenyum sendirian penuh makna.

- The End -